top of page
ck-yeo-5J6VUR6r9Wc-unsplash (1).jpg

Salam Sejahtera !

Selamat datang ke E-portfolio kumpulan kita. Topik kita untuk Projek MPU 3183 ialah Pembinaan Peradaban Majmuk MalaysiaKami dari Kumpulan 2 telah menghasilkan video pendek yang bertajuk “ Bahasa Rojak” untuk menyebarkan kesedaran kepentingan bahasa Melayu kepada anak Malaysia.

PROJEK ROJAK

​

Penghargaan

Pada mulanya, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek berkumpulan ini. Kerja keras, dedikasi dan kerja berpasukan anda menjayakan projek ini. Dari sesi sumbang saran hingga larut malam memberikan sentuhan akhir, sumbangan setiap ahli amat berharga. Hasil projek ini adalah bukti apa yang boleh dicapai apabila kita bersatu dengan matlamat yang sama. Terima kasih atas masa, usaha dan komitmen anda. Anda semua adalah bahagian penting dalam kejayaan projek ini dan kami menghargai setiap daripada anda. Akhir sekali, kita juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Fazilah, beliau yang telah banyak memberi bantuan dan bimbingan kepada kita untuk menyiapkan kerja tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan.

najua-r-yRUQk8o36Qk-unsplash (1).jpg

Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan budaya dan harta warisi orang Melayu yang dicipta ribuan tahun dahulu. Pada zaman Keemasan Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu digunakan oleh para pedagang asing sehingga dijadikan sebagai lingua franca. Sejak negara meniti arus kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan merupakan bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia. Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi yang sangat efektif kerana rakyat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan bahasa ini. Di negara Malaysia, peratusan penutur bahasa Melayu adalah paling tinggi dan sering ditutur oleh majoriti masyarakat. Pada masa yang sama, terdapat juga sebahagian raykat Malaysia yang menggunakan bahasa yang berlainan. Hal in adalah disebabkan oleh kewujudan  kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina, dan India bersama dengan pelbagai kumpulan etnik yang berbeza di negara unik ini. 

 

Sehubungan dengan itu, kaum-kaum yang berbeza di Malaysia memiliki bahasa, budaya, agama dan adat rasmi yang tersendiri. Walaupun setiap kaum telah mengasimilasi dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia, mereka tetap kukuh mempercayai dan mengekalkan agama, bahasa serta kebudayaan masing-masing. Faktor tersebut telah membentukkan negara kita sehingga menjadi sebuah benua yang unik dan istimewa berbanding daripada negara-negara lain. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum hidup bersama dengan aman dan harmoni, maka wujudnya bahasa yang hanya digunai dan difahami oleh kebanyakkan bangsa Malaysia, iaitu ‘bahasa rojak’.

z-TrhLCn1abMU-unsplash.jpg

Bahasa rojak merupakan sesuatu percakapan di negara Malaysia yang mempunyai campuran pelbagai bahasa yang berbeza dalam satu pertuturan. Kebanyakan bahasa telah diasimilasikan seawal zaman prakolonial apabila pedagang-pedagang asing dari seluruh dunia datang ke Melaka untuk melakukan akitiviti perdagangan. Hal ini menyebabkan ketimbulan bahasa rojak atau bahasa campuran kerana pedagang asing dan pedagang tempatan tidak mempunyai bahasa kongsian, misalnya bahasa rojak dilahirkan semasa perbualan dan perdagangan. Kini, bahasa campuran ini menjadi lebih rencam tetap masih ditutur oleh masyarakat di Malaysia. Perbualan harian rakyat Malaysia selalu mengandungi campuran lebih daripada satu atau dua bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan bahasa India. Impaknya, wujudnya bahasa rojak yang moden pada zaman ini. Hal in membuktikan bahawa masyarakat berbilang kaum di Malaysia berjaya dalam berintegrasi antara satu sama lain tanpa menghilangkan identiti dan bahasa ibunda masing-masing.

 

Walaupun bahasa rojak telah menjadi salah satu keunikan negara kita, masih tidak boleh dinafikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa perpaduan negara kita dan kepentingannya harus dititikberatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa kebangsaan merupakan identiti negara kita dan bahasa ini memainkan peranan yang amat penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim. Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlu memikul tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa Melayu dan mengekalkan pertuturannya. Oleh itu, melalui penghasilan video ini, kami bertujuan untuk menjelaskan konsep bahasa rojak di Malaysia dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Secara tidak langsungnya, perpaduan rakyat Malaysia dapat dipupuk  dengan lancar. Kami berharap agar hubungan yang teguh antara bangsa-bangsa Malaysia akan menjadikan negara kita lebih maju, aman dan harmoni, bak kata peribahasa Melayu “bersatu tegur, bercerai roboh”.

PENYATAAN MASALAH

Negara Malaysia merupakan satu tapak integrasi bagi pertemuan pelbagai kaum di negara ini. Impaknya, rakyat Malaysia telah mengasimilasikan bahasa mereka dan jarang menggunakan Bahasa Melayu yang tepat  dalam kehidupan. Berdasarkan situasi ini, kami dapat merumuskan masalah tersebut seperti berikut:​

  • Kewujudan dan penggunaan bahasa rojak dalam pergaulan seharian masyarakat Malaysia.
  • Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
  • Bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh rakyat Malaysia kerana mereka menganggapkan bahasa Melayu tidak penting.
  • Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahir dalam pergaulan dan penulisan menggunakan bahasa Melayu.

OBJEKTIF 

Pada zaman moden ini, majoriti masyarakat Malaysia mempraktikkan bahasa rojak dalam kehidupan. Bagi rakyat Malaysia, bahasa rojak lebih mudah difahami dan ditutur kerana bahasa ini tidak mempunyai tatabahasa atau struktur ayat yang tepat. Walaupun bahasa rojak merupakan keunikan Malaysia, kami, ahli Projek Rojak ingin menjelaskan kepentingan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Melalui Projek Rojak, kami berharap untuk:

  • Menerangkan kewujudan dan konsep bahasa rojak di Malaysia.
  • Menceritakan keunikan dalam asimilasi pelbagai bahasa di Malaysia.
  • Mengalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat semasa komunikasi dengan orang lain.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.
Menara KL - Full view.jpg

Kesimpulan

Konklusinya, melalui rakaman video ini, kami telah memahami dengan lebih mendalam tentang keunikan bahasa rojak dan kepentingan penuturan Bahasa Melayu dalam menjamin identiti negara kita. Bahasa rojak membuktikan keunikan negara kita berbanding dengan negara lain serta melambangkan keistimewaan masyarakat majmuk Malaysia. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia haruslah meningkatkan kesedaran bahawa bahasa Melayu haruslah dititikberatkan supaya generasi akan datang dapat melihat  keindahananya. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan dalam mendokong semangat perpaduan antara kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita. Sebagai bahasa kebangsaan negara yang berdaulat kita, bahasa Melayu ditambah peranan atau fungsinya sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan bahasa komunikasi. Pemahaman terhadap fungsi bahasa Melayu akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa Melayu dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berasa bangga terhadap bahasa kebanggaan negara oleh disebabkan bahasa ini merupakan lambang jati diri dan kedaulatan negara.

bottom of page