top of page

impak projek

Nama projek kami ialah ‘Projek Rojak’ yang bertujuan menceritakan keunikan Bahasa Rojak di Malaysia serta menganalisis kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Projek Rojak ini terdiri daripada 20 orang ahli yang sangat positif dan saling bersikap toleransi. Kami melalui pelbagai pengalaman dalam menjayakan projek ini dan perkara ini telah memberi impak kepada setiap ahli Projek Rojak.

​

Projek ini sangat bermakna kerana setiap ahli kumpulan dapat melengkapi diri dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Dalam aktiviti berkumpulan, kami sedar bahawa kemahiran yang amat penting ialah kemahiran bersosial dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, sepanjang proses perancangan projek, kami dapat menambah pengetahuan dan konsep tentang kewujudan bahasa rojak dengen lebih mendalam. Misalnya, kami menyedari bahawa secara tidak langsungnya kami juga mengadaptasi pelbagai kosa kata daripada bahasa rojak dalam interaksi seharian. Antara perkataan-perkataan yang sering kami ‘rojakkan’ ialah highway dan semi final walhal konteks perbualan ialah di dalam Bahasa Melayu. Melalui projek ini, kami menjadi lebih peka dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan dan perbualan seharian sesama sendiri.

Pertama sekali, kami dapat melatih kemahiran sosial dan taktik untuk berinteraksi dengan ahli kumpulan. Sepanjang projek ini berlangsung, kami saling bertukar idea dan pandangan bagi memastikan objektif projek dapat dicapai dengan lancar. Langkah ini adalah paling utama bagi memastikan setiap ahli kumpuan menyuarakan pandangan dan pendapat masing-masing. Ini telah membuatkan kami lebih menghargai ahli-ahli kumpulan yang baru kami kenali. 

​

Dalam masa yang sama, kami juga memperlajari kemahiran penghasilan video yang berkualiti. Penghasilan video adalah sangat komplikasi kerana kami perlu telita sejak perancangan kandungan video sehingga proses mengunting video. Pada masa yang sama, kami dapat mengembangkan kreativiti kami melalui pembuatan video, penggunaan kamera dan aplikasi video serta pembuatan website bagi projek ini.

IMPAK KOGNITIF

impak psikomotor

Projek Rojak juga memantapkan kami dengan kemahiran merangka jadual tugasan dan bijak dalam merancang proses pekerjaan. Kami telah mengadakan perbincangan bagi menentu jadual tugasan yang dapat meningkatkan produktiviti kumpulan dalam tempoh masa yang pendek. Akhirnya, kami bersetuju untuk membentuk beberapa kumpulan kecil berserta tugasan-tugasan yang lebih spesifik. Kami dibahagi kepada ketua kumpulan, kumpulan proposal, kumpulan video dan akhir sekali kumpulan e-portfolio. Melalui keputusan ini, koordinasi dan interaksi antara ahli kumpulan menjadi lebih muda.

​

Ketua kumpulan merupakan figura yang paling utama dan penting bagi menentukan hala tujuan kumpulan ini. Beliau perlu memastikan setiap ahli kumpulan mempunyai tugasan dan tidak ada seorang pun yang tercicir. Dalam masa yang sama, beliau juga harus memastikan setiap ahli kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada waktunya. Manakala bagi ahli kumpulan proposal pula, mereka perlu merangka objektif, konsep video serta tugasan dan tanggungjawab ahli-ahli kumpulan yang lain. Di samping itu, kumpulan video merupakan ahli-ahli yang mempunyai kemahiran merakam serta menyunting video bagi kumpulan ini. Mereka juga menyediakan skrip dan jalan cerita Projek Rojak. Akhir sekali merupakan kumpulan e-portfolio. Ahli-ahli kumpulan ini bertanggungjawab bagi membuat website dan memastikan setiap tugasan dari kumpulan lain dinyatakan di dalam website dan e-portfolio yang dibina. Ini jelas membuktikan bahawa Projek Rojak telah membuatkan kami lebih bermuafakat dalam menjayakan projek ini.

Projek ini telah mengajar kami erti berkerja dalam satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Memang tidak boleh dinafikan bahawa toleransi yang tinggi amat diperlukan. Toleransi tidak wujud dengan sendirinya namun dengan projek ini, kami belajar untuk lebih bertoleransi dan lebih memahami antara satu dengan yang lain. Dalam masa yang sama, projek ini juga membuat kami lebih menghargai dan menghormati kaum majmuk yang berada di dalam negara Malaysia ini, sebuah negara bertuah. Kami menyedari selama bekerja bersama bagi menjayakan projek ini betapa bertuahnya kami tinggal dan hidup di Malaysia yang aman dan damai.

​

Di samping itu, projek ini juga telah membuka mata kami bahawa Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang amat mudah untuk dituturkan. Walaupun Bahasa Rojak masih dipraktikkan, rata-rata rakyat Malaysia berbangsa Cina, India dan Bumiputera masih mengiktiraf dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dalam menjalani kehidupan seharian. Ini merupakan bukti bahawa Malaysia mempunyai kaum-kaum dan bangsa yang unik dan memiliki kepelbagaian bertutur lain dari yang lain.

impak afektif

bottom of page